Sekolah
Menengah Sains Lahad Datu (SMLD) merupakan satu daripada 2 buah Sekolah
Berasrama Penuh di negeri Sabah. Dulunya dikenali dengan nama Sekolah Berasrama
Penuh Lahad Datu. Mula dibina pada tahun 1985 dan beroperasi sepenuhnya tiga
tahun kemudian (1988). Keluasan sekolah
yang mencapai 50 ekar ini terletak di pinggir bandar Lahad Datu iaitu sejauh 13
km daripada pusat bandar.
Pengetua pertama di sekolah ini ialah Tuan haji Zainodin bin Hj Abdul Kadir yang
melapor diri pada 1 April 1988, kemudian diikuti oleh 5 orang guru 2 bulan
selepasnya. Pada bulan September 1988 seramai 33 pelajar
ambilan pertama tingkatan 1 mula mendaftarkan diri.
Antara perkara
penting dalam lipatan sejarah sekolah ini ialah pada tahun 1993 ianya
dianugerahkan sebagai Sekolah Dalam Taman oleh Pejabat Pelajaran Daerah Tawau.
Tahun 1997 pula sekolah ini secara rasminya ditukar nama Sekolah Berasrama Penuh
Lahad Datu kepada Sekolah Menengah Sains Lahad Datu oleh Pengarah Pelajaran
Negeri Sabah.
2 tahun
selepas penukaran nama sekolah itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi
kepercayaan kepada sekolah ini dijadikan sebagai Pusat Matrikulasi cawangan
Universiti Malaysia Sabah pada tahun 1998 dan 1999. Pada tahun 1999 juga sekolah
ini diiktiraf sebagai Sekolah Bestari iaitu salah satu projek rintis kerajaan ke
arah memajukan sistem pendidikan nasional. Hingga kini sekolah ini masih
berstatus sebagai Sekolah Bestari.
mohon copy admin , ( utk penggunaan di blog batch 0812 , terima kasih )
ReplyDelete