Majlis Perasmian 8 Peta Pemikiran Peringkat Sekolah telah dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang SEMSALD semasa perhimpunan pagi hari pertama persekolahan. Dalam ucapannya, beliau telah menjelaskan dan menekankan akan kepentingan penggunaan peta pemikiran yang dapat membantu bukan sahaja pelajar, tetapi juga para guru untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas lebih mudah dan menarik melalui persembahan visual.
Majlis diteruskan dengan memperkenalkan peta pemikiran kepada para pelajar yang disampaikan oleh Encik Kasdi Kamin selaku salah seorang pemandu projek 8 Peta Pemikiran KBAT di peringkat sekolah. Beliau telah dibantu oleh Puan Sudarmiaty Kamaruddin, En Ahmad Rauf dan En Mohd Hafiz Sober. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada jawatankuasa bertindak 8 Peta Pemikiran Peringkat Sekolah atas kejayaan menjadikan hasrat kementerian suatu realiti. Semoga usaha KPM dan SEMSALD khususnya untuk memartabatkan penggunaan 8 Peta Pemikiran ini akan mencapai objektifnya dan bakal menjadi contoh terbaik bagi sekolah-sekolah lain di sekitar Lahad Datu.
No comments:
Post a Comment