
Terkadang ada kebenarannya, bila melihat sesetengah mereka itu bagaikan tidak mahu kejayaan. Apa tidaknya semasa majlis Restu Ilmu menangis mereka teresak-esak semahu-mahunya di depan guru, terasa keinsafan dan kesalahan diri yang dilakukan pada guru hinggakan gurupun terasa sebak. Tapi selepas dari majlis itu keinsafan mula hilang dan menjelmalah keegoan yang meruntun kemaksiatan. Bila keluar daripada sekolah makin bertambah keegoan mereka kononnya menterjemah diri bergelar remaja yang 'up to date'. Pakaian jauh sudah berubah dulu yang longgar sekarang dah ketat, yang labuh menjadi singkat, dulu bertutup kini tersingkap, dulunya jinak sekrang ligat, cakap dulu berlembut sekarang berbaur jahat. Adakah mereka-mereka seperti ini inginkan kejayaan ?.
Sedarkah kita semua sesuatu kejayaan itu adalah milik Allah dan kegagalan itu juga milik Allah, bukannya daripada manusia seperti guru-guru dan ibu bapa. Namun harus kita akur dan akui bahawa Allah tidak dengan semudahnya memberi kejayaan kepada seseorang dan Allah tidak menyukarkan manusia untuk menerima sesuatu kegagalan. Hakikatnya untuk berjaya wajib kita berusaha untuk mencapainya dengan pelbagai cara dan kaedah yang sebetulnya. Merealisasi hasrat itu dalam konteks seorang pelajar tidak salah saya katakan para guru dan ibu bapalah yang menjadi medium mencapai kejayaan selain berusaha, berdoa serta bertawakkal kepada Allah.
Perlu kita merasa malu pada diri sendiri apabila menghina seseorang kemudian minta pula pertolongan dengan orang yang dihina itu. Maka dengan Allah perlu kita lebih malu, malu dan malu sebagai seorang hambaNya yang seolah mempermain syariatNya sedangkan kita dalam keadaan sedar dan tahu hakikatnya.. kita tidak menutup aurat, kita pakai pakaian ketat dan singkat, kita lupa tunaikan solat, kita pedulikan adat dan syariat, khuysuk ber'fb' ber'sms' bagai tak ingat. Malunya kita .. berdosanya kita di sisi Allah swt yang maha Pemberi Nikmat. Janganlah kita menjadi seperti orang yang ditempelak oleh Allah dalam surah Az-Zumar ayat 8 : Maksudnya : Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu
bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya Dengan keadaan rujuk kembali bertaubat
kepadanya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia)
daripadanya, lupalah ia akan Segala bahaya Yang menyebabkannya merayu kepada
Allah sebelum itu dan ia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk
menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya):
"Bersenang-senanglah Engkau Dengan kekufuranmu itu bagi sementara, Sesungguhnya
Engkau dari penduduk neraka.
Antara mafhumnya ; masa sempit, darurat kita ingat dan mohon sesuatu dengan Allah tapi bila Allah berikan kita kenikmatan kita lupa dan lalai pula kepada Allah. Nauzubillhimin zalik.. Apapun saya harapkan calon-calon SPM 2011 ini mendapat kejayaan yang sejati dan tidak melupakan guru, ibu bapa dan yang utama Allah SW setelahi menikmati kejayaan tersebut. inysaAllah.

Antara mafhumnya ; masa sempit, darurat kita ingat dan mohon sesuatu dengan Allah tapi bila Allah berikan kita kenikmatan kita lupa dan lalai pula kepada Allah. Nauzubillhimin zalik.. Apapun saya harapkan calon-calon SPM 2011 ini mendapat kejayaan yang sejati dan tidak melupakan guru, ibu bapa dan yang utama Allah SW setelahi menikmati kejayaan tersebut. inysaAllah.