Wednesday 6 March 2013

ESOK MULA SEKOLAH KEMBALI - 7 MAC 2013

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA 

ADALAH DIMAKLUMKAN CUTI LANJUTAN YANG DIPOSTKAN DALAM BLOG SEMSALD DAN FB WARGA SEMSALD SEBELUM INI ADALAH TERBATAL BERIKUTAN SURAT ARAHAN JPN UNTUK MEMULAKAN SESI PERSEKOLAHAN BERMULA 7 MAC 2013 BAGI SEKOLAH DALAM DAERAH LAHAD DATU KECUALI SEKOLAH-SEKOLAH SEKITAR FELDA SAHABAT.

HARAP MAKLUM - SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI

SYMP

CUTI KHAS ' LANJUTAN'

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

CUTI KHAS BERGANTI DILANJUTKAN DARI 7 MAC 2013 HINGGA TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN KELAK SEBAGAI LANGKAH MENJAGA KESELAMATAN SEMUA PIHAK.

DIHARAPKAN PARA GURU DAN PELAJAR TETAP BERSABAR DAN TERUS BERDOA AGAR PENCEROBOHAN 'TENTERA SULU' INI SEGERA BERKAHIR DAN SESI PERSEKOLAHAN KEMBALI BERJALAN SEPERTI BIASA.

CUTI 'KHAS'

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kerancakan sesi persekolahan SEMSALD sama seperti sekolah-sekolah lain di seluruh negara bermula dari awal Januari lagi. Namun dalam kesibukan kami mengatur pelbagai rencah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas termasuk penyusunan program-program yang diatur dengan rapi tiba-tiba terencat di pertengahan gara-gara penceroboh yang sudah mula menunjukkan taringnya di Kampung Tanduo, Tg. Labian.  2 anggota komando negara dari pasukan VAT 69 telah terkorban lantaran kebengisannya yang menidakkan rundingan.

Mendengar perkhabaran yang sungguh mencemaskan, dihujani panggilan telefon daripada ibu bapa yang tiada berkesudahan meminta keizinan anak mereka dibawa pulang,  langkah serta merta yang bijak diambil oleh Puan Pengetua Hajah Juriah Ahmad dengan memohon dengan pihak SBP agar diberi cuti berganti bermula 4-6 Mac 2013 sebagai langkah berjaga-jaga. Dan semua pelajar dibenarkan pulang selepas solat Jumaat (1.3.13) melainkan pelajar yang datang dari kawasan Felda Sahabat dan sekitarnya.

Sungguh tindakan yang diambil oleh pengetua adalah tepat kerana pada sebelah petangnnya satu maklumat pesanan ringkas daripada penolong pegawai PPDLD memaklumkan surat arahan serta merta daripada pejabat Ketua Pengarah Pelajaran KPM yang ditandatatangi Dato Seri Abdul Ghafar Mahmud meminta semua sekolah dalam pentadbiran PPDLD dibenarkan tutup sementara sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan anak-anak pelajar dan para guru.

Diharapkan krisis pencerobohan ini tidaklah berlarutan. Sebagai sebuah sekolah yang sentiasa menjaga pencapaian akademik terbaik sehari tidak ada pembelajaran gelisah dirasakan oleh guru dan pelajar.

Album SMSLD