Thursday 20 March 2014

SPM 2013.. Terrrbaik dalam sejarah sekolah

Assalamualaikum wbt / Salam Sejahtera

PERBANDINGAN PENCAPAIAN SPM 2004 - 2013
SENYUMAN KEJAYAAN
PENDIDIKAN ISLAM - KE-7
  Tiada lafaz terindah melainkan kalimah alhamdulillah yang terbit dari bibir pendamba kejayaan. Warga SEMSALD amat bersyukur kepada Yang Maha Kuasa Allah azzawajalla dengan inayah dan barakah serta redhaNya kami para pendidik dan calon SPM 2013 diberikan satu kepuasaan natijah usaha yang tidak pernah putus. Ternyata keputusan SPM 2013 merakamkan sejarah tersendiri apabila gred purata sekolah mencapai 1.64 jauh lebih baik daripada SPM 2012 dengan gred purata 1.88 dan SPM 2011 1.82.                      Pencapaian ini sekaligus menjadikan calon SPM 2013 sebagai pelajar terbaik dalam sejarah Sekolah Menengah Sains Lahad Datu ini dan memecahkan rekod sekolah dalam pencapaian peperiksaan SPM sejak penubuhan sekolah. SPM tahun 2011 dengan gred purata 1.82 sebelum ini telah menjadikan SEMSALD sebagai sekolah yang terbaik bukan sahaja dalam daerah Lahad Datu bahkan mengungguli kedudukan pertama dalam negeri Sabah. Banyak ucapan tahniah daripada pelbagai pihak ditujukan kepada seluruh warga sekolah khususnya kepada Pengetua Cemerlang Hjh Juriah Ahmad kerana pencapaian yang membanggakan ini. Namun dalam SPM 2012 kejayaan tahun sebelumnya tidak mampu diulangi biarpun masih kekal dalam kedudukan pertama dalam negeri Sabah. Gred purata pada tahun tersebut sekadar 1.88 turun sebanyak 0.06 mata.
BAHASA MELAYU KE-6
SEJARAH KE-3
         SPM 2013 menjadi pengubat kejatuhan pencapaian sebelumnya. Kenaikan gred purata sebanyak 0.24 iaitu 1.64 mengukirkan senyuman bermakna buat warga SEMSALD sekalipun mampu berada pada kedudukan kedua sekolah terbaik negeri Sabah selepas SM Sains Kota Kinabalu (SMESH). Biarkan mereka dengan cara mereka tapi kita juara dengan cara tersendiri yang berpijak di bumi yang nyata berbekalkan usaha juang yang tidak pernah mengalah. Selepas analisis peperiksaan dikeluarkan seluruh warga sekolah bersegera ke Masjid Nurul Iman bersama-sama menzahirkan kesyukuran dengan melakukan sujud syukur. Dalam keseluruhan sekolah SBP kebangsaan SEMSALD berada pada kedudukan ke-16 sebaris dengan sekolah-sekolah hebat dan terkenal. Bahkan ada beberapa mata pelajaran berada pada kedudukan 10 sekolah terbaik. Tahniah diucapkan buat semua warga SEMSALD khususnya Pengetua Cemerlang Puan Hjh Juriah Bt Ahmad dan pentadbir, guru-guru, akp dan para calon SPM 2013. Andalah yang terbaik. Tahniah kepada Loo Qai Win dan Amirul Akmal Baso sebagai pelajar terbaik SPM 2013. Harapan kami SPM 2014 dan akan datang mendapat keputusan yang lebih baik. InsyaAllah.

MATEMATIK KE-2

            


Album SMSLD