Thursday 15 March 2012

Apa Khabar Calon SPM 2011

     Assalamualaikum wbt.. khususnya calon-calon SPM 2011. Bagaimana perasaan anda sekarang ? mesti bercampur baur dengan perasaan takut, gelisah, tak senang duduk dan sebagainya...almaklumlah 21 Mac 2012 hanya beberapa hari sahaja lagi. Dulu masa nak exam SPM macam-macam majlis yang sekolah buatkan Motivasi Bersama UNIC, Restu Ilmu, Solat Hajat, Hari Konferensi, Sepetang di KFC dan macam-macam lagi..kini apa program sendiri anda semua.. dah berapa kali solat hajat, restu guru minta ampun ?. Semua yang di sekeliling anda mengharapkan anda berjaya dalam SPM nanti. Tapi adakah diri anda sendiri mahukannya..sedangkan kami sahaja yang bersungguh-sungguh untuk itu.

      Terkadang ada kebenarannya, bila melihat sesetengah mereka itu bagaikan tidak mahu kejayaan. Apa tidaknya semasa majlis Restu Ilmu menangis mereka teresak-esak semahu-mahunya di depan guru, terasa keinsafan dan kesalahan diri yang dilakukan pada guru hinggakan gurupun terasa sebak. Tapi selepas dari majlis itu keinsafan mula hilang dan menjelmalah keegoan yang meruntun kemaksiatan. Bila keluar daripada sekolah makin bertambah keegoan mereka kononnya menterjemah diri bergelar remaja yang 'up to date'. Pakaian jauh sudah berubah dulu yang longgar sekarang dah ketat, yang labuh menjadi singkat, dulu bertutup kini tersingkap, dulunya jinak sekrang ligat, cakap dulu berlembut sekarang berbaur jahat. Adakah mereka-mereka seperti ini inginkan kejayaan ?.

      Sedarkah kita semua sesuatu kejayaan itu adalah milik Allah dan kegagalan itu juga milik Allah, bukannya daripada manusia seperti guru-guru dan ibu bapa. Namun harus kita akur dan akui bahawa Allah tidak dengan semudahnya memberi kejayaan kepada seseorang dan Allah tidak menyukarkan manusia untuk menerima sesuatu kegagalan. Hakikatnya untuk berjaya wajib kita berusaha untuk mencapainya dengan pelbagai cara dan kaedah yang sebetulnya. Merealisasi hasrat itu dalam konteks seorang pelajar tidak salah saya katakan para guru dan ibu bapalah yang  menjadi medium mencapai kejayaan selain berusaha, berdoa serta bertawakkal kepada Allah.

       Perlu kita merasa malu pada diri sendiri apabila menghina seseorang kemudian minta pula pertolongan dengan orang yang dihina itu. Maka dengan Allah perlu kita lebih malu, malu dan malu sebagai seorang hambaNya yang seolah mempermain syariatNya sedangkan kita dalam keadaan sedar dan tahu hakikatnya.. kita tidak menutup aurat, kita pakai pakaian ketat dan singkat, kita lupa tunaikan solat, kita pedulikan adat dan syariat, khuysuk ber'fb' ber'sms' bagai tak ingat. Malunya kita .. berdosanya kita di sisi Allah swt yang maha Pemberi Nikmat. Janganlah kita menjadi seperti orang yang ditempelak oleh Allah dalam surah Az-Zumar ayat 8 : Maksudnya : Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya Dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadanya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadanya, lupalah ia akan Segala bahaya Yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan ia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): "Bersenang-senanglah Engkau Dengan kekufuranmu itu bagi sementara, Sesungguhnya Engkau dari penduduk neraka.
 
     Antara mafhumnya ; masa sempit, darurat kita ingat dan mohon sesuatu dengan Allah tapi bila Allah berikan kita kenikmatan kita lupa dan lalai pula kepada Allah. Nauzubillhimin zalik.. Apapun saya harapkan calon-calon SPM 2011 ini mendapat kejayaan yang sejati dan tidak melupakan guru, ibu bapa dan yang utama Allah SW setelahi menikmati kejayaan tersebut. inysaAllah.  

Tuesday 13 March 2012

Sejarah - SMSLD

    Sekolah Menengah Sains Lahad Datu (SMLD) merupakan satu daripada 2 buah Sekolah Berasrama Penuh di negeri Sabah. Dulunya dikenali dengan nama Sekolah Berasrama Penuh Lahad Datu. Mula dibina pada tahun 1985 dan beroperasi sepenuhnya tiga tahun kemudian (1988). Keluasan sekolah yang mencapai 50 ekar ini terletak di pinggir bandar Lahad Datu iaitu sejauh 13 km daripada pusat bandar.
   Pengetua pertama di sekolah ini ialah Tuan haji Zainodin bin Hj Abdul Kadir yang melapor diri pada 1 April 1988, kemudian diikuti oleh 5 orang guru 2 bulan selepasnya. Pada bulan September 1988 seramai 33 pelajar ambilan pertama tingkatan 1 mula mendaftarkan diri.
   Antara perkara penting dalam lipatan sejarah sekolah ini ialah pada tahun 1993 ianya dianugerahkan sebagai Sekolah Dalam Taman oleh Pejabat Pelajaran Daerah Tawau. Tahun 1997 pula sekolah ini secara rasminya ditukar nama Sekolah Berasrama Penuh Lahad Datu kepada Sekolah Menengah Sains Lahad Datu oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sabah.
   2 tahun selepas penukaran nama sekolah itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi kepercayaan kepada sekolah ini dijadikan sebagai Pusat Matrikulasi cawangan Universiti Malaysia Sabah pada tahun 1998 dan 1999. Pada tahun 1999 juga sekolah ini diiktiraf sebagai Sekolah Bestari iaitu salah satu projek rintis kerajaan ke arah memajukan sistem pendidikan nasional. Hingga kini sekolah ini masih berstatus sebagai Sekolah Bestari.

Album SMSLD