Friday 10 May 2013

Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013

Assalamualaikum wbt / Salam Sejahtera

Pihak sekolah mengucapkan selamat mendudukki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 buat semua putera puteri Sekolah Menengah Sains Lahad Datu dan seluruh sekolah di Malaysia. Jadikanlah peperiksaan kali ini sebagai pemangkin utama untuk mencapai kejayaan sebenar dalam PMR, SPM dan Peperiksaan Akhir Tahun nanti.

Bersungguh-sungguhlah dari sekarang sebelum dihimpit masa yang sempit menjelang masa peperiksaan sebenar. Persiapan awal amat diperlukan untuk mencapai kejayaan yang sempurna.

Kami warga pendidik SEMSALD mengharapkan yang terbaik dan kejayaan untuk anda semua. Insya Allah.. اللهم اجعلنا من الناجحين والفائزين في الإمتحان يا الله

SPM 2012

Assalamualaikum / salam sejahtera..

Kedudukan SEMSALD dalam SBP 2013
Debaran calon SPM 2012 sampai penghujungnya. 21 Mac 2013 tarikh yang menzahirkan usaha mereka untuk merealisasikan impian cemerlang dalam 5 tahun pembelajaran. Harapan sekolah sememangnya ingin yang terbaik dan lebih daripada keputusan SPM 2011 yang mencapai 1.82. Sasaran ditetapkan GPK 1.73 dengan mengambil kira usaha dan kemampuan warga SEMSALD untuk mencapai keputusan terbaik.

Namun rezeki itu milik Allah. Sebaik perancangan kita hebat lagi perancangan Allah untuk hambaNya. Dengan penuh tunduk dan redha kami bersyukur kepada Allah dengan keputusan yang dicapai biarpun  tidak mencapai sasaran sebenar. Tiada sebab untuk kita kesali kerana pelbagai usaha telah dizahirkan dengan gemblengan tenaga warga SEMSALD yang tiada sempadan. Cuma kita perlu sedari dengan pencapaian SPM 2012 GPK 1.88 sekolah mengalami sedikit penurunan sebanyak 0.06  berbanding tahun sebelumnya. Disebalik mencari punca penurunan gred purata SPM 2012, saya yakin seluruh warga SEMSALD akan berusaha mencari resepi terbaru dan terbaik untuk menzahirkan sasaran SPM 2013 sedaya mungkin.

Berada pada kedudukan 32 daripada 60 buah sekolah SBP menjadi sedikit penawar kepada penurunan gred purata. Biarpun kenaikan kedudukan hanya 1 tangga namun ianya sungguh bererti bagi warga SEMSALD kerana pencapaian SPM 2012  mampu menyaingi dan mengalahkan  sekolah-sekolah elit SBP yang lain di semenanjung. Begitu juga dengan pencapaian beberapa mata pelajaran yang kini sudah mula menempatkan diri dalam kelompok 20 dan 10 terbaik. Mata pelajaran -mata pelajaran yang dimaksudkan ialah :
         Bahasa Inggeris       - kedudukan 16 daripada 60
         Matematik              - kedudukan 3  daripada 60
         Mate. Tambahan     - kedudukan 6 daripada 60
         Pendidikan Islam     - kedudukan 7 daripada 57

Selain itu warga SEMSALD turut berbangga dengan pencapaian 100% A buat pertama kalinya bagi mata pelajaran Matematik dan kali ke 6 berturut-turut bagi Pendidikan Islam. Pihak sekolah amat berterima kasih atas  pencapaian tersebut dan mendoakan tahun 2013 mampu menggandakan lagi kecemerlangan yang sedia ada. InsyaAllah.. terima kasih puan Pengetua dan warga SEMSALD

Album SMSLD