Friday 3 January 2014

Majlis Perasmian 8 Peta Pemikiran Peringkat Sekolah

Majlis Perasmian 8 Peta Pemikiran Peringkat Sekolah telah dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang SEMSALD semasa perhimpunan pagi hari pertama persekolahan. Dalam ucapannya, beliau telah menjelaskan dan menekankan akan kepentingan penggunaan peta pemikiran yang dapat membantu bukan sahaja pelajar, tetapi juga para guru untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas lebih mudah dan menarik melalui persembahan visual.

Majlis diteruskan dengan memperkenalkan peta pemikiran kepada para pelajar yang disampaikan oleh Encik Kasdi Kamin selaku salah seorang pemandu projek 8 Peta Pemikiran KBAT di peringkat sekolah. Beliau telah dibantu oleh Puan Sudarmiaty Kamaruddin, En Ahmad Rauf dan En Mohd Hafiz Sober. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada jawatankuasa bertindak 8 Peta Pemikiran Peringkat Sekolah atas kejayaan menjadikan hasrat kementerian suatu realiti. Semoga usaha KPM dan SEMSALD khususnya untuk memartabatkan penggunaan 8 Peta Pemikiran ini akan mencapai objektifnya dan bakal menjadi contoh terbaik bagi sekolah-sekolah lain di sekitar Lahad Datu.

Selamat Kembali ke Sekolah Warga SEMSALD!

Hari pertama persekolahan menyaksikan para pelajar tingkatan 2, 3, 4 dan 5 semuanya telah bersiap sedia untuk memulakan sesi persekolahan untuk tahun 2014. Segala kelengkapan persekolahan seperti alat tulis, buku, kasut, dan baju semuanya kelihatan serba baharu. SEMSALD juga menerima beberapa orang guru baharu yang akan berkhidmat menggantikan beberapa guru yang telah berpindah ke sekolah lain.

Panel Blog SEMSALD mengucapkan selamat memulakan sesi persekolahan 2014 dan selamat memulakan tugas kepada semua warga SEMSALD. Berusahalah untuk mencapai kecemerlangan dan keredhaan Allah. Selamat Tahun Baharu 2014.

Wednesday 1 January 2014

Terima Kasih Sahabat ! !

Assalamualaikum wbt / salam sejahtera

        Tirai SEMSALD 2014 mula disingkap dengan berita perpindahan beberapa orang guru yang banyak berjasa kepada sekolah, daerah dan negeri Sabah. Antara mereka ada yang sudah melebihi 5 tahun berkhidmat di tanah yang semakin hari semakin dikenali ini. Jumlah 8 orang guru yang disahkan perpindahan mereka ke destinasi tersendiri amat memberi kesan kepada suasana sekolah terutamanya dalam gerak kerja berpasukan.

          Apa pun berlaku dan terjadi misi dan visi SEMSALD tetap diteruskan dengan warganya yang masih setia jatuh dan bagun bersama-sama. Bagi mereka yang akan menabur bakti di tempat baru teruskan semangat anda dan berbakti demi mendidik anak bangsa dengan lebih cemerlang. Sesungguhnya tuntutan kehidupan antara manusia amat berbeza, biarpun mereka selesa berkhidmat di sini namun keperluan keluarga amat diutamakan.

           Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang pernah suka dan duka bersama, ampun dan maaf dipinta jika ada tuntutan yang tidak telaksana ;

          1.  NORHASHIM MD.JONET              
          2.  HALIMATON ABU BAKAR
          3.  KAMILAH MOHD SAIDI
          4.  SITI MUNIRAH ARIS
          5.  NOR AINI ISMAIL
          6.  MOHD KASRI AWANG
          7.  MOHD FAISAL MOHD YAAKOB
          8.  MOHD RIDUAN AMIR BEK
       

Album SMSLD