Wednesday 6 March 2013

CUTI 'KHAS'

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kerancakan sesi persekolahan SEMSALD sama seperti sekolah-sekolah lain di seluruh negara bermula dari awal Januari lagi. Namun dalam kesibukan kami mengatur pelbagai rencah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas termasuk penyusunan program-program yang diatur dengan rapi tiba-tiba terencat di pertengahan gara-gara penceroboh yang sudah mula menunjukkan taringnya di Kampung Tanduo, Tg. Labian.  2 anggota komando negara dari pasukan VAT 69 telah terkorban lantaran kebengisannya yang menidakkan rundingan.

Mendengar perkhabaran yang sungguh mencemaskan, dihujani panggilan telefon daripada ibu bapa yang tiada berkesudahan meminta keizinan anak mereka dibawa pulang,  langkah serta merta yang bijak diambil oleh Puan Pengetua Hajah Juriah Ahmad dengan memohon dengan pihak SBP agar diberi cuti berganti bermula 4-6 Mac 2013 sebagai langkah berjaga-jaga. Dan semua pelajar dibenarkan pulang selepas solat Jumaat (1.3.13) melainkan pelajar yang datang dari kawasan Felda Sahabat dan sekitarnya.

Sungguh tindakan yang diambil oleh pengetua adalah tepat kerana pada sebelah petangnnya satu maklumat pesanan ringkas daripada penolong pegawai PPDLD memaklumkan surat arahan serta merta daripada pejabat Ketua Pengarah Pelajaran KPM yang ditandatatangi Dato Seri Abdul Ghafar Mahmud meminta semua sekolah dalam pentadbiran PPDLD dibenarkan tutup sementara sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan anak-anak pelajar dan para guru.

Diharapkan krisis pencerobohan ini tidaklah berlarutan. Sebagai sebuah sekolah yang sentiasa menjaga pencapaian akademik terbaik sehari tidak ada pembelajaran gelisah dirasakan oleh guru dan pelajar.

No comments:

Post a Comment

Album SMSLD