Tuesday 13 March 2012

Sejarah - SMSLD

    Sekolah Menengah Sains Lahad Datu (SMLD) merupakan satu daripada 2 buah Sekolah Berasrama Penuh di negeri Sabah. Dulunya dikenali dengan nama Sekolah Berasrama Penuh Lahad Datu. Mula dibina pada tahun 1985 dan beroperasi sepenuhnya tiga tahun kemudian (1988). Keluasan sekolah yang mencapai 50 ekar ini terletak di pinggir bandar Lahad Datu iaitu sejauh 13 km daripada pusat bandar.
   Pengetua pertama di sekolah ini ialah Tuan haji Zainodin bin Hj Abdul Kadir yang melapor diri pada 1 April 1988, kemudian diikuti oleh 5 orang guru 2 bulan selepasnya. Pada bulan September 1988 seramai 33 pelajar ambilan pertama tingkatan 1 mula mendaftarkan diri.
   Antara perkara penting dalam lipatan sejarah sekolah ini ialah pada tahun 1993 ianya dianugerahkan sebagai Sekolah Dalam Taman oleh Pejabat Pelajaran Daerah Tawau. Tahun 1997 pula sekolah ini secara rasminya ditukar nama Sekolah Berasrama Penuh Lahad Datu kepada Sekolah Menengah Sains Lahad Datu oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sabah.
   2 tahun selepas penukaran nama sekolah itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi kepercayaan kepada sekolah ini dijadikan sebagai Pusat Matrikulasi cawangan Universiti Malaysia Sabah pada tahun 1998 dan 1999. Pada tahun 1999 juga sekolah ini diiktiraf sebagai Sekolah Bestari iaitu salah satu projek rintis kerajaan ke arah memajukan sistem pendidikan nasional. Hingga kini sekolah ini masih berstatus sebagai Sekolah Bestari.

1 comment:

  1. mohon copy admin , ( utk penggunaan di blog batch 0812 , terima kasih )

    ReplyDelete

Album SMSLD