Segala penat jerih yang diharungi oleh guru dan pelajar dalam tahun 2012 menampakkan hasil yang baik.Sekaligus menidakkan pandangan dan tanggapan umum di mata sekolah-sekolah hebat yang lain yang sebelum ini meletakkan SEMSALD antara sekolah yang corot dari segi akademiknya. Berbekalkan kegemilangan dan anugerah "New Deal"yang diterima sebelum ini kami semakin bersemangat untuk mengejar kejayaan. Selain kedudukan keseluruhan yang agak terbaik pada peringkat kebangsaan SEMSALD juga mampu membuktikan bahawa pencapaian beberapa mata pelajaran PMR ini berada pada kedudukan yang amat baik seperti mata pelajaran Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup yang mendapat 100% A masing-masing berada pada kedudukan 1 dan 8 pada peringkat kebangsaan. Alhamdulillah.
Tahun 2013 ini kami berharap kegemilangan PMR akan dapat diteruskan dengan kejayaan yang lebih berganda. Sekaligus dapat meletakan SEMSALD sebagai sekolah terbaik peringkat kebangsaan. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment