Sunday 5 August 2012

New Deal SMSLD

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Pengetua Cemerlang SMSLD sedang menerima anugerah
         Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izinNya Sekolah Menengah Sains Lahad Datu buat pertama kalinya telah terpilih untuk menerima Anugerah Tawaran Baru Pengetua oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis yang berlangsung pada 27 Jun 2012 itu telah menjemput Yang Berusaha Puan Pengetua Cemerlang Hajah Juriah Ahmad untuk menerima anugerah dan sijil penghargaan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyidin bin Yasin yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia, sambil disaksikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud. 

    Buat julung kalinya inilah anugerah yang amat berharga, bermakna dan bersejarah bagi warga Sekolah Menengah Sains Lahad Datu. Penat jerih usaha dan pengorbanan warga SMSLD selama ini telah menampakkan hasil yang membanggakan. Tiada yang mustahil untuk mencapai kejayaan asalkan ada kemahuan dan usaha yang berganda. Sepanjang tahun 2011 telah merakamkan segala peristiwa yang berlaku dalam iklim sekolah ini bermula kehadiran Pengetua Cemerlang Puan Hajah Juriah binti Ahmad yang menggantikan mantan pengetua Tuan Haji Eko Sukohidayat bin Sunarto.

Pengetua dan Awie bersama Tan Sri KPPM
    SPM 2011 meletakkan SMSLD sebagai keputusan peperiksaan SPM yang terbaik sepanjang penubuhan sekolah ini. Sekaligus melonjakkan kedudukan sekolah ini sebaris dengan sekolah yang terbaik di semenanjung dan layak untuk dicalonkan sebagai penerima anugerah 'New Deal' atau tawaran baru.  Lanjutan daripada itu sepasukan jemaah nazir turun memantau sekolah dalam pelbagai aspek sama ada layak atau sebaliknya dianugerahkan tawaran baru pengetua itu. Natijahnya SMSLD memang layak diberikan anugerah tersebut dan warga sekolah bakal mendapat habuannya mengikut kadar yang dijanjikan kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia, RM7500 bagi pengetua, RM900 guru dan RM500 aks serta 5% dari jumlah guru akan mendapat RM1900 berdasarkan pilihan pentabir mengikut markah prestasi.

  Tahniah kepada Pengetua Cemerlang Hajah Juriah Ahmad, rakan-rakan guru dan aks serta seluruh warga SMSLD termasuk para murid khusunya calon SPM 2011 yang memberikan kejayaan yang terbaik. Harapnya tahun 2012 ini dan akan datang mampu meletakkan keputusan PMR dan SPM pada kedudukan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment

Album SMSLD