Saturday 12 May 2012

Inovasi Pendidikan Islam 2012 ' face-blog'

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Guru membantu pelajar mengulangkaji dengan FB
         Bukan masuk bakul angkat sendiri tapi selaku tuan punya blog yang juga KP P.Islam SMSLD sekadar berkongsi satu ilmu yang mungkin boleh diikuti oleh pembaca yang lain khususnya para pendidik. Hari ini penghuni dunia memang amat mustahil jika tidak mengetahui apa itu internet dari seawal usia 6 tahun hingga mereka di awal usia emas. Apatahlagi remaja di bangku persekolahan dan golongan siswa-siswi ipt merekalah golongan yang paling pakar dalam bab internet ini terutamanya untuk melayan 'facebook' dan melayari laman-laman sesawang seperti 'blogspot'. 

          Lantaran kecenderungan golongan remaja dengan penggunaan internet tanpa sempadan itu maka Panitia Pendidikan Islam mengambil satu inisiatif yang tepat untuk mengoptimunkan pembelajaran sebagai aktiviti pengukuhan dan latihan mata pelajaran secara berterusan sekalipun semasa cuti persekolahan. Ternyata maklum balas daripada pelajar amat menggalakkan dan sesuai dengan tahap kemahiran serta minat mereka.

Blog untuk sebarang maklumat kepada pelajar

    Sebelum ini para pelajar sanggup menghabiskan masa yang agak lama untuk berfacebook dan melayari internet tanpa ada tujuan. Alangkah baiknya kalau sedikit masa tersebut digunakan untuk perkara yang bermanfaat dan menambah pemahaman pembelajaran di sekolah. Butiran inisiatif yang dimaksudkan adalah sebagaimana berikut;






AKTIVITI
MEDIUM
PELAKSANAAN
CATATAN
FACE-BLOG
facebook
1-     Id picem smsld
2-     Pelajar SPM (ting 4 dan 5)
3-     Ulangkaji topik SPM secara terbuka
-          Isu            = soalan - perbincangan
-          Tugasan  = kerja yang perlu dihantar menggunakan                                         email picem07@yahoo.com
-          Panduan = Tips menulis jawapan berkualiti
4-     Masa : Setiap kali pelajar balik bermalam, masa dan tarikh ditentukan berdasarkan persetujua majority pelajar
5-     Tempoh : 1 jam sahaja
6-     Tarikh pelaksanaan : 21 Januari 2012


Sudah bermula pada :

-    23 Januari 2012
-    25 Januari 2012
-   29 Januari 2012
blogspot

1-     Alamat – http://qishmaira.blogspot.com
2-     Pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5
3-     Blog rujukan pelbagai untuk pelajar
4-     Maklumat, panduan, aktiviti dan program melibatkan Panitia Pendidikan Islam akan dimasukkan ke dalam blog ini.
5-     Tarikh mula dilancarkan : 9 Januari 2008



Pelajar boleh mengakses, muat turun maklumat, modul, latihan dan soalan percubaan bila-bila masa

No comments:

Post a Comment

Album SMSLD